Tuesday 31 December 2013

untuk kau . andai kau tahu

aku perempuan ,
aku ada hati ,
hati aku mudah goyah ,
bila kau usik ,
dengan kata2 luahan kau ,

jujur aku kata,
kadang2 hati aku suka ,
suka dengan cara kau ,
tapi aku malu.

malu untuk berkata ya,
malu untuk mengaku,
jadi aku hanya diam kan.
tambahan pula,
ada satu halangan menjadi penghadang.

andai kau baca ini,
tolong jujur,
tolong ikhlas,
jangan hanya mampu menabur kata,
kerana hati ini mudah goyah.

atau adakah kini hati kau dah berubah,
tidak lagi tersimpan perasaan itu,
soalan itu bermain di fikiran aku,
kau masih suka aku kah?

cara kau buat aku keliru,
tiap kali terserempak,
aku malu,
tapi aku tak tahu bagaimana mahu mengaku.

andai kau tahu .


dedicated to someone .

No comments:

Post a Comment