Sunday 15 December 2013

tongkat sakti

gambar sendiri


aku harap ada sang pari-pari muncul,
dengan tongkat saktinya,
mengubah hati aku,
untuk lebih percaya dan menerima,

kadang-kadang pilihan datang dengan tiba-tiba,
buat kan aku terkejut,
buat kan aku terpinga-pinga,
kerana aku masih tidak mampu percaya,

bukan senang hati ini utk percaya,
setelah dikoyak di siat berkali-kali,

tongkat sakti itu harapnya dapat menyambung setiap koyakan itu,

maafkan aku kerana tak mampu untuk buktikan,
maafkan aku kerana tidak cuba memahami,
maafkan aku kerana tidak mampu menerima seadanya.

kerana hati aku masih buta tentang hal ini.
beri aku masa.


No comments:

Post a Comment