Wednesday 20 November 2013

siapa kita?

kita ni siapa sebenarnya?
cuba tanya diri kita.
kita ni siapa?

secara imbasnya mugkin kau kenal kau siapa,
hakikatnya,kita tak cukup kenal lagi diri kita ni siapa,

kenapa?

kerana jika engkau tau engkau siapa,
engkau tidak akan duduk saja,
kau tidak akan ada masa untuk bersenang,
kau tidak akan ada masa untuk berehat.

kenapa?

kerana kau tau kau dilahirkan bukan dengan saja-saja,
kita dilahirkan bertujuan,

ibadah kepada Allah,
mencenggah kemungkaran,
dan sebagai seorang khalifah Allah.

kita tahu tapi kita tidak buat,
kerana ini semua berat,

tapi yang berat itu sementara saja,

aku merasakan diri aku ini tidak berguna,
aku tidak menyumbang apa-apa kepada agama,
tujuan hidup itu masih tidak cukup sempurna,
sangat tidak sempurna.

tanya kembali
kita ini siapa?
tujuan kita apa?
matlamatnya di mana?

TANYA!

No comments:

Post a Comment