Saturday 19 October 2013

pedih

masing-masing ada kisah hidup masing-masing,
ada yg jalannya lurus jee,
ada yang jalannya bengkang bengkok,
ada jalannya penuh duri ,lubang dan macam halangan.

kita manusia biasa,
kadang-kadang kita rasa cemburu sangat dgn kehidupan org lain,
gembira nya mereka,
semua sayang mereka
semua mereka ada.

bila di banding kan kehidupan aku,
seperti jauh beza nya,

itu lah org cakap,
kita hidup ni,jangan suka banding-banding,
tu tanda kita tak bersyukur.

kita selalu bandingkan benda yang kita nampak,
pernah tak kita fikir benda yang kita tak nampak?

percayalah,
yakinlah,
Allah itu adil..

kadang2 bila aku sendiri,
aku terfikir kenapa semua orang macam tak suka aku,
kenapa aku selalu kena mcm ni,
aku penat,
aku lelah,
aku mcm nak putus asa,
rasa mcm nak marah.

tapi bila aku berdiam sekali lagi,
aku terfikir,
benda semua terjadi atas ketentuan Allah,
semua ada hikmah dia,
mungkin kita tak tau,
tapi Allah maha tahu.

mungkin ini tanda kasih sayang Allah,
mungkin ini tanda Allah mahu ampunkan dosa,
mungkin Allah nak aku belajar bersabar,
mungkin Allah nak aku kuat,
hanya Allah saja yg tau.

aku terkenang,
aku terfikir,
aku terasa seperti kosong,
sunyi.

lalu,
cecair jernih mengalir,
pedihnya hati ini.
pedih.



4 comments:

  1. The best writing comes out when you find yourself broken. It's like your heart gets ripped open and all the feelings spill out into a beautiful mess on paper.

    ReplyDelete